Gedung Jualan E-book (buku elektronik) adalah landasan bagi pengumpulan dan penjualan buku-buku berkaitan dengan pelbagai jenis panduan atau latihan kemahiran khas bagi mereka yang dahagakan ilmu serta mereka yang berkeinginan untuk mempertingkatkan jumlah pendapatan sampingan melalui kemahiran yang diajarkan di dalam setiap penerbitan buku elektronik oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang tertentu.  Sasaran Gedung Jualan e-book adalah kepada individu yang memerlukan kemahiran bagi memperbaiki kualiti kehidupan seharian.


Jumlah buku elektronik yang berada di dalam koleksi Gedung Jualan E-book ini akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian tajuk buku yang dikeluarkan oleh pihak penerbit yang rata-ratanya adalah penerbit persendirian.

Hasrat ICT Niaga Enterprise selaku pengendali blog ini adalah menyediakan jualan pelbagai jenis "e-book" yang bermanfaat untuk masyarakat madani di Malaysia, selari dengan matlamat menjana pendapatan melalui kemahiran.

Kata-kata seperti "Membaca adalah jambatan ilmu" dan "Masa itu emas" perlu dilihat dalam konteks yang sama iaitu menggunakan masa yang ada dengan membaca bagi peningkatan sahsiah diri dan pengetahuan dalam jenis-jenis ilmu tertentu sekaligus dengan ilmu yang diperolehi dari pembacaan berkenaan diharap dapat meningkatkan penguasaan ekonomi diri dan keluarga.

Promosi Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel PingNw

Artikel Busuk.org

Artikel Guablog.com

Artikel Ohblog.com